THE BLOGGERS

Wednesday, July 14, 2010

Sedarlah Wahai Anak-anak Bahawa Landasanmu Masih Pincang Tanpa Kami

Dari hati Pn. Asam:

 -2 tahun lepas semasa di SMK Lawas, Sarawak.
Baby Cantik baru berusia 5 bulan dalam kandungan-

"Hari ini adalah hari yang sangat terseksa buat aku yang kesengsaraan.

Sengsara dengan bebanan tugas yang YES memang BENAR 

aku sungguh sanggup lakukan

Jadual yang cukup 7 waktu penuh untuk aku memerah keringat demi anak Bangsa Malaysia

yang kian lupa bahawa pelajaran itu penting.

Tambah lagi waktu senggang aku MESTI membuat persiapan untuk jamuan bagi

satu acara yang telah sedang diadakan di sekolah tu.

Jadi, kesemua 12 waktu seharian di sekolah aku amat bermakna.

Sehinggakan aku terpaksa MENCURI masa anak-anak ini untuk membenarkan

aku menguruskan sesuatu yang tidak kurang pentingnya untuk sekolah kami.

"Yes! cikgu tak masuk!" ada yang berbisik tanpa di duga aku mendengarnya.

Tidak ada masa aku berbual sekejap pun.

Tidak ada masa aku menyiapkan rekod untuk pengajaran esok.

Tidak ada masa untuk aku makan bersama kawan baikku.

-Kak Ana a.k.a Pn Mari yang sentiasa menjadi peneman aku [dan kami] di waktu petang Isnin hingga Jumaat. Dia bawa makanan, aku [dan kami] yang makan. Katanya
"akak kan dapur korang..hahahaha"


Cuma ada masa untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hambaNYA Yang Esa.

Ada masa untuk aku kata "tolong saya bla bla bla bla"

Ada masa untuk aku bercakap dengan kerusi yang hanya pandai mengikut arahanku.

Bila tiba masa untuk masuk ke kelas, dari atas mereka sudah nampak aku

'cikgu datang!!'  - macamlah aku ni ribut taufan

Masuk ke dalam kelas, semuanya sedang berbual, bersenang lenang tanpa sebarang tindakan

yang boleh di kategorikan sebagai BUAT KERJA RUMAH @ ULANGKAJI.

Karangan yang aku beri semalam tentunya belum dan tidak akan siap.

Apalah dosa anak-anak ini sehinggakan masa yang lapang tidak sekali terfikir untuk kerja

yang lebih berfaedah selain yang tidak berfedah?

Kenapalah anak-anak ini tidak mengerti bahawa kami; golongan guru amat menyayangi mereka

walaupun marah kami bergunung banyaknya??

Sayang, seribu kali sayang, kesedaran kamu tentang keberadaan kami untuk kejayaan kamu

amat tidak menyenangkan.

Sedarlah wahai anak-anak, tanpa kami, kamu tak buat ulangkaji pun!

Tanpa kami KARANGAN kamu tak akan siap pun.

Tanpa kami sebuah buku pun kamu MALAS nak conteng!

Tolonglah sedar.."



Bila sampai masa dan ketika seperti ini, terasa ingin sekali berbicara

lebih lagi dengan En. BBC tentang semua perkara seharian yang keterlaluan.

Apakan daya En. BBC juga sibuk. Mungkin esok. Atau boleh sangat jika di simpan

hingga hari Jumaat akan datang setelah kepulangan En. BBC yang dinantikan tu.

Benar dear amat diperlukan untuk membakar semangatku.

Mencukupi bila ku ingat kembali kata En. BBC dulu:

"inikan jalan yang sayang pilih...sabar yer"



P/s: Anak-anak ini masih dalam kelas yang perlukan perhatian. Mereka seperti pahat yang sering di minta untuk di ketuk oleh tukul supaya bergerak. Sabar...

3 comments:

Mellyana Sara said...

mell pernah jadi guru ganti kat sek ren...6 bulan.. :)

pengalaman yang cukup indah!

hans said...

yups
biasalah tu
tanggungjawab guru skrg berat
anak murid lak masih mentah

Fazleyatul Aini said...

budak2 skrg sume nak kene suapp je
ceah2 macam la aku dulu x kene suap
ahahahaha