THE BLOGGERS

Showing posts with label wanita gagah. Show all posts
Showing posts with label wanita gagah. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Isnin Yang Memenatkan Secara Fizikal. Baguslah, Bersenam!





Isnin, 19-07-2010


Penat fizikal. Mental boleh kontrol lagi.
Keadaan dan suasana semuanya baik.
Persekitaran dari blok ke blok memuaskan.
Disiplin memuaskan.
Tiada pelajar mengadu sakit itu ini nak balik.
Juga tiada pelajar bermasalah digantung tidak bertali.
2 orang guru 'MC'
Seorang guru sedang berkursus

-Laporan Hari Pertama Guru Bertugas Minggu Ini-





P/S: Letih badan jerk. Emosi terkawal  =) Semuanya selesai pada 655PM.

Sunday, July 18, 2010

Ini Selalu Terjadi. Sabar Itu Penting Ya

Seperti biasa, setelah En. BBC pulang ke negeri dear bekerja

Pn. Asam akan senang bercorat-coret a.k.a ber'blogging'.

Tambah lagi Baby Cantik dah tidur. Mungkin kerana keletihan yang ter'over',

BC kurang dapat tidur dengan nyenyak di atas katil. Mungkin lebih selesa di dalam buaian.

Suasana sejuk menyelubungi malam yang indah dengan titisan air hujan yang semakin

kurang menitis, BC tidur dalam buaian dan Pn. Asam senang

ber-ketuk-ketuk keyboard ni  =)





Bila ingat hari selepas hari ini, esok Isnin, maka teringatlah dengan ayat ini:

"Buku ape hari ni cikgu?"

Mustahil tidak akan ku dengar. So, persediaan untuk menempuh hari esok dan seterusnya

amatlah perlu. Sebenarnya, setiap hari, segelintir daripada anak-anak ini akan

bertanyakan soalan yang sememangnya Pn.Asam sudah terangkan.

Selama tujuh bulan, sejak Pn.Asam mengajar Bahasa Melayu, anak-anak ini

telah Pn.Asam terangkan dan beritahu akan keperluan buku pada hari-hari tertentu. Jadi,

"Sila bawa buku latihan dan buku kerja pada hari yang telah ditetapkan SAHAJA."

Adakah cukup terang maksud ayat diatas??







p/s: Esok cadangan pelajaran ialah Ringkasan Teks dan Pemahaman  =)
Harap mereka akan terlebih faham.

Wednesday, July 14, 2010

Sedarlah Wahai Anak-anak Bahawa Landasanmu Masih Pincang Tanpa Kami

Dari hati Pn. Asam:

 -2 tahun lepas semasa di SMK Lawas, Sarawak.
Baby Cantik baru berusia 5 bulan dalam kandungan-

"Hari ini adalah hari yang sangat terseksa buat aku yang kesengsaraan.

Sengsara dengan bebanan tugas yang YES memang BENAR 

aku sungguh sanggup lakukan

Jadual yang cukup 7 waktu penuh untuk aku memerah keringat demi anak Bangsa Malaysia

yang kian lupa bahawa pelajaran itu penting.

Tambah lagi waktu senggang aku MESTI membuat persiapan untuk jamuan bagi

satu acara yang telah sedang diadakan di sekolah tu.

Jadi, kesemua 12 waktu seharian di sekolah aku amat bermakna.

Sehinggakan aku terpaksa MENCURI masa anak-anak ini untuk membenarkan

aku menguruskan sesuatu yang tidak kurang pentingnya untuk sekolah kami.

"Yes! cikgu tak masuk!" ada yang berbisik tanpa di duga aku mendengarnya.

Tidak ada masa aku berbual sekejap pun.

Tidak ada masa aku menyiapkan rekod untuk pengajaran esok.

Tidak ada masa untuk aku makan bersama kawan baikku.

-Kak Ana a.k.a Pn Mari yang sentiasa menjadi peneman aku [dan kami] di waktu petang Isnin hingga Jumaat. Dia bawa makanan, aku [dan kami] yang makan. Katanya
"akak kan dapur korang..hahahaha"


Cuma ada masa untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hambaNYA Yang Esa.

Ada masa untuk aku kata "tolong saya bla bla bla bla"

Ada masa untuk aku bercakap dengan kerusi yang hanya pandai mengikut arahanku.

Bila tiba masa untuk masuk ke kelas, dari atas mereka sudah nampak aku

'cikgu datang!!'  - macamlah aku ni ribut taufan

Masuk ke dalam kelas, semuanya sedang berbual, bersenang lenang tanpa sebarang tindakan

yang boleh di kategorikan sebagai BUAT KERJA RUMAH @ ULANGKAJI.

Karangan yang aku beri semalam tentunya belum dan tidak akan siap.

Apalah dosa anak-anak ini sehinggakan masa yang lapang tidak sekali terfikir untuk kerja

yang lebih berfaedah selain yang tidak berfedah?

Kenapalah anak-anak ini tidak mengerti bahawa kami; golongan guru amat menyayangi mereka

walaupun marah kami bergunung banyaknya??

Sayang, seribu kali sayang, kesedaran kamu tentang keberadaan kami untuk kejayaan kamu

amat tidak menyenangkan.

Sedarlah wahai anak-anak, tanpa kami, kamu tak buat ulangkaji pun!

Tanpa kami KARANGAN kamu tak akan siap pun.

Tanpa kami sebuah buku pun kamu MALAS nak conteng!

Tolonglah sedar.."



Bila sampai masa dan ketika seperti ini, terasa ingin sekali berbicara

lebih lagi dengan En. BBC tentang semua perkara seharian yang keterlaluan.

Apakan daya En. BBC juga sibuk. Mungkin esok. Atau boleh sangat jika di simpan

hingga hari Jumaat akan datang setelah kepulangan En. BBC yang dinantikan tu.

Benar dear amat diperlukan untuk membakar semangatku.

Mencukupi bila ku ingat kembali kata En. BBC dulu:

"inikan jalan yang sayang pilih...sabar yer"



P/s: Anak-anak ini masih dalam kelas yang perlukan perhatian. Mereka seperti pahat yang sering di minta untuk di ketuk oleh tukul supaya bergerak. Sabar...

Saya Tiada 'Mood' Untuk Bergambar! No Camera Please!!!

Selalunya memang ini keje Pn. Asam dengan Baby Cantik

di pagi hari.

En. BBC minta gambar terbaru BC untuk di tatap

sebelum pergi bekerja.

Tapi...pagi ni Baby Cantik memang tak ade 'mood' nak bergambar.


Bila diberi 'hat' untuk di pakai....


" No camera please!!!"



Bila di ambil 'hat' nya....


"No camera please!!!"


Bila di beri peluang sekali lagi....


"Ta nak la mama..... No camera!"


Kadang-kadang perangai Baby Cantik memang menghiburkan.

Tambah lagi sepupunya yang 2 orang tu.

Mereka ni Power Puff atok mereka..kesayangan~




Habis masa berehat, time to go to school  =)


Tuesday, February 23, 2010

aku wanita

tadi ade dengar berita..
cuepacs bimbang ramai ketua dari kalangan wanita
[lebih kurang cenggitu la tajuknyer...]

aku tak sokong...
pada aku:
wanita mudah terpengaruh bile buat keputusan...
wanita mudah mengikut emosi perasaan apabila buat keputusan berurusan...
wanita sangat mudah CEREWET...

huhu korang rase camne?
wanita patut dipersalahkan atas keTAKberadaan orang lelaki yang berkebolehan??

wahai sang lelaki... bangunlah!
tonjolkan dirimu sebagai seorang pemimpin yang digembar gemburkan sebagai pemimpin yang adil dan tidak mudah mengikut perasaan TAPI mudah ikut suapan~
eh ye ker? erk..tidak! tidak!

notaUNTUKdirisendiri: aku wanita gak...tapi aku lebih suka di ketuai oleh seorang lelaki~