THE BLOGGERS

Tuesday, July 13, 2010

Bila Si Suami Kata "Tidak"

Situasi1
Dalam kereta pada waktu petang
 
Suami: Jom kite pegi makan Pizza nak? Abang belanjer...

Isteri: Nak! tapi abang rase sayang da gemuk tak??

Suami: Tak....mane ade gemuk. Oklah tu

Isteri: Walaupun da mencecah 5* kg?? Rendang ni tau....

Suami: Tidaklah abang kate..

Isteri: Ok. Nak makan kat Pizza mane ni?


Situasi 2
Ketika sedang duduk dan baca surat khabar

Isteri: Bestnyer kalau dapat body cam Wardina ni (sambil menunjukkan gambarnya kepada Si Suami) kan?

Suami: Tak cantiklah! Kurus sangat...

Isteri: Mane ade kurus sangat. Ni dier tuli 4* kg je... ok sangat dah.

Suami: Sayang lagilah ok sangat..

Isteri: Abang rase sayang gemuk tak?

Suami: Langsung tak...abang tengok sayang tetap cam dulu gak..

Isteri: Tapi pas bersalin ni kembang kat sini (sambil menunjukkan *&^%$nya)

Suami: Itu biaselah. Kak *d** lagi besar daripada sayang, tak bising pon.

Isteri: Tapi dier minum JM5 da sekarang....

Suami: Sayang tak gemuk lah!



Situasi 3
Dalam kereta selepas pulang dari berziarah sanak sedara

Isteri: Kalau sayang besar cam kak *d**, abang sayang sayang lagi tak??

Suami: Sayang...

Isteri: Kalau sayang besar camtu, gemok la kan??

Suami: Itu tak gemok, itu berisi jerk...

Isteri: Huh!!! dengan ketinggian sayang 148cm dan berat mencecah 70kg abang kate tak gemok??? Malas layan!

Suami: hahahahaha






Ini masalah kaum wanita

bila di tanya berkenaan berat badan kepada orang tersayang,

mereka akan kate ok dan ok dan ok

apakah mereka ini tidak berapa nampak atau sudah dibu*akan mata mereka??



#*# En. BBC cukuplah marah jika ditanya pasal berat badan....

Monday, July 12, 2010

En. Bungan-bunga Cinta happy sepanjang hari ni..

sebab?

Spain menang 1 - 0 dengan Belanda

Pn. Asam memang tak tengok, tdo lagi sedap  =)

tapi Pn. Asam terjaga la coz ade orang jerit

"Gollllll!!!!!!!!"

Bile abis jerk, mesej masuk

Daripada: En. BBC mengandungi mesej yang berbunyi

"Spain menang 1 - 0 yang..."

Hahaha suke lah tu... malas nak balas coz nak bagi

Baby Cantik susu..

Gambar dari Bharian online jer

Inilah yang membuatkan Spain menang..

dalam mase tambahan plak tu.

Adat pemainanla Belanda kan....kalau Spain menang, u all kalah.

Dan sebaliknye. Tak boleh la nak menang dua-dua kan..?

Tahniah penyokong Spain [En.BBC]
 
 
Even En.BBC takde depan mata, tapi Pn. Asam tau dear akan kepoh

pagi ni coz pasukan pilihan da menang!
 
Dah dah la tu abang........ =)

Saturday, July 10, 2010

Hujung Minggu Indah??

Hujung minggu

Berehat, berehat, berehat

Sambil menikmati sup tulang rusuk daging yang lazat

adeh, makan daging tulang jer la nampaknyer

Pn. Asam harus menjaga bodynya yang semakin

hari semakin bertambah

seinci demi seinci~


Sungguh aku tak takut..

Tambah lagi, Baby Cantik terjunam dengan walkernye

dari pintu belakang

Mujurlah bukan terus ke tanah..kalau tidak, Pn. Asam merana  :(

kesian BC, terkejut dan menangis jerk...

mama sorry sayang  ={













Thursday, July 8, 2010

Paul Si Sotong - Ramalanmu Benar Belaka

Hingga ke saat ini Paul memang terkenal sangat dengan ramalannya tentang menang kalahnya pasukan Jerman.


 Sekali lagi pagi tadi, Spain dah zasss Jerman!!

Mungkah disebabkan Muller tak main?
Pn. Asam pun tak tau lah. Sungguh la kesian kat mamat Jerman yang sorang ni




Wednesday, July 7, 2010

Karnival Kokurikulum SMK 'ku' 2010

07.07.2010 dan 08.07.2010

telah dan akan diadakan Karnival Kokurikulum kat sekolah.

Untuk first day, Pn. Asam uruskan hal explore race..

Sungguh memang seronok!

Students kene buli..sape yang tak happy kan?? hehehek

Nak tunggu esok plak coz ade part

'Bertemu Waris'

memang Pn. Asam menantikan saat ini untuk

membongkar rahsia anak-anak dalam kelas tu.



Tahap berapakah kewajaran untuk Pn. Asam bertindak sedemikian??

1 - Tidak Wajar

2 - Wajar

3 - Suka Hatilah

4 - Sangat Wajar

5 - Terlalu Wajar








Kami Kembali


Lame dah tak pegi wed member lame.

3 Julai lepas dapatlah ruang pegi rumah salah sorang

x-classmate 2001 dulu

dek kerana CiK Baby ketiduran, tidaklah Pn.Asam

membawanya bersama ke 

Majlis Perkahwinan

Nurul Huda
&
Nurudin

di Taman Bemban Jaya, Bemban 77200, Melaka.


Biaselah kan...Pengantin mane yang tak cantik??

Anyway, kamu memang cantik Uda, cannot deny.

Congratulations!

Semoga berbahagia selalu hingga akhir hayat!

Kami mendoakan kebahagiaan kamu.

Dan

Biasenye wed ni akan = reunion kitorang.



haaa ini antara member yang ader...

dulu mase kat sekolah mestila ade group sendiri kan?

Ini 1/2 daripada group kitorang.

Group kitorang ade 6 orang. Lagi 3 orang memang tak

datang kerana ada

urusan yang lebih memerlukan diorang di tempat yang

tidak di nyatakan.

Ade lagi...


Sudah tentu yang kecik dan sangat comel itu bukan

x-classmate kami yer.

Kami yang datang ni semua datang sebelum pengantin berarak..

Oleh kerana Pn. Asam ni ade tanggungjawab yang

menunggu kat rumah, tak dapatlah Pn. Asam

menunggu lebih lame lagi. Lepas makan,

terus memecut balik ke rumah.

Sebelum terlepas peluang,
[daripada abg camera yang sungguh kedekut bila kami nak bergambar dengan pengantin]

aku sempat snap yang patutyer    =)


"Sorry tak sempat tunggu sampai berarak yer...

semoga bahagia selalu..pakat baik"




Kami menunggu undangan daripada cik Aida NBY plak.

Bile lagi la dier nak buat kenduri nasi minyak

untuk kami yang dah lame menunggu ni..

FYI, dier sedang mencari..

Kepada sesiapa yang berhajat,

sila tinggalkan resume anda pada Pn. Asam  =)




ApaAdaNya: Reunion yang sebenarnya akan diadakan kemudian dan akan ditetapkan tarikhnya nanti  =)








Tuesday, June 29, 2010

First n3


Sila anggap ini n3 pertama aku yang baik hati =)

**En. Bunga-bunga Cinta (En. BBC) + Pn. Asampedas**

Inilah K.A.M.I

Kesengalan dear, kebahagiaan ku



**Baby**

Ini pula HASIL K.A.M.I
Keberadaan dear, ketenangan K.A.M.I