THE BLOGGERS

Saturday, July 24, 2010

Hujung Minggu Rehat-Rehat Tanpa En. Bunga-bunga Cinta. Jeles La Tu!


Minggu ni memang turn En. BBC stand-by.

Macam biasala, 'kami merindui kamu'

Tambah lagi, hari ni rajin sangat2 pulak sampai pergi rumah makcik

bawa Baby Cantik untuk menolong. Memang senaman sungguh Pn. Asam kali ni.

Dan memang ingin berjalan kaki kerana mau senaman untuk kurangkan

berat yang bukan sedikit meningkatnya. Makan pon 'sikit' aje  =)

Malam ni pulak takde mood. Mane en.mahMOOD ni pegi indak ku taukkkk!

Buhsan sana sini.



P/S: Kalau ikutkan hati memang nak tdo dengan jayanya~

Tuesday, July 20, 2010

Siapa Kata Saya Bertugas Sendirian? Dia Yang Melanggar Tanggungjawabnya

Sungguh memang tajuk berkenaan dengan entri.
Cuma Pn. Asam tak nak cerita lebih jelas lagi.
Teruskan dengan laporan..

Masih dalam grade memuaskan.
Belum mantap untuk dapat grade baik.
Disiplin juga memuaskan.
Juga, tiada murid yang bising-bising kesakitan mau pulang
Keseluruhannya, saya berpuas hati kerana sekolah saya semakin menghampiri ponteng sifar.

-Laporan hari kedua-


P/S: Sudah diketahui beliau memang selalu 'cendekel'

Monday, July 19, 2010

Isnin Yang Memenatkan Secara Fizikal. Baguslah, Bersenam!





Isnin, 19-07-2010


Penat fizikal. Mental boleh kontrol lagi.
Keadaan dan suasana semuanya baik.
Persekitaran dari blok ke blok memuaskan.
Disiplin memuaskan.
Tiada pelajar mengadu sakit itu ini nak balik.
Juga tiada pelajar bermasalah digantung tidak bertali.
2 orang guru 'MC'
Seorang guru sedang berkursus

-Laporan Hari Pertama Guru Bertugas Minggu Ini-





P/S: Letih badan jerk. Emosi terkawal  =) Semuanya selesai pada 655PM.

Sunday, July 18, 2010

Ini Selalu Terjadi. Sabar Itu Penting Ya

Seperti biasa, setelah En. BBC pulang ke negeri dear bekerja

Pn. Asam akan senang bercorat-coret a.k.a ber'blogging'.

Tambah lagi Baby Cantik dah tidur. Mungkin kerana keletihan yang ter'over',

BC kurang dapat tidur dengan nyenyak di atas katil. Mungkin lebih selesa di dalam buaian.

Suasana sejuk menyelubungi malam yang indah dengan titisan air hujan yang semakin

kurang menitis, BC tidur dalam buaian dan Pn. Asam senang

ber-ketuk-ketuk keyboard ni  =)





Bila ingat hari selepas hari ini, esok Isnin, maka teringatlah dengan ayat ini:

"Buku ape hari ni cikgu?"

Mustahil tidak akan ku dengar. So, persediaan untuk menempuh hari esok dan seterusnya

amatlah perlu. Sebenarnya, setiap hari, segelintir daripada anak-anak ini akan

bertanyakan soalan yang sememangnya Pn.Asam sudah terangkan.

Selama tujuh bulan, sejak Pn.Asam mengajar Bahasa Melayu, anak-anak ini

telah Pn.Asam terangkan dan beritahu akan keperluan buku pada hari-hari tertentu. Jadi,

"Sila bawa buku latihan dan buku kerja pada hari yang telah ditetapkan SAHAJA."

Adakah cukup terang maksud ayat diatas??







p/s: Esok cadangan pelajaran ialah Ringkasan Teks dan Pemahaman  =)
Harap mereka akan terlebih faham.

Thursday, July 15, 2010

Orang Tersayang Disaman

Berita Pertama.
Semalam, demi membesarkan cucu-cucunya, seorang bapa menyaman anaknya sendiri.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang?
Nak kawen, dah dikawenkan.
Nak anak, dah di kurniakan.
Tiba masa untuk membesarkan dan memberi pendidikan anak-anak, tanggungjawab diserahkan kepada datuk kepada kanak-kanak tersebut.
Ape tanggungjawab AYAH?
Sedih bile dengar kes ni.

Berita Kedua.
Harini, seorang bapa berusia 65tahun menyaman 3 orang anak lelakinya kerana mengurung dan memaksa untuk menandatangani surat serah harta!
Nilai saman melebihi RM2juta!
Kamu orang dah kemaruk harta kah??

Berdasarkan berita-berita tersebut, dapat disimpulkan bahawa
hubungan kekeluargaan bukan perjanjian untuk anda ambil kesempatan.
Kenapalah anak-anak zaman sekarang seperti tidak sedarkan diri dek kerana harta dunia..
Apakah kewajaran bapa-bapa tersebut?

1-Wajar

2-No Comment

3-Terpulang

4-Dengan Anak Pun Nak Berkira Ke?

5-Saya Sokong 100% [rasakan kau!]




P/S: Dunia akhir zaman...

Bila Sejuk, Sedap Lena Ni..

Pagi ni sungguhla sejuk sebab hujan malam tadi.

Kalau tidak, malam-malam mesti panas sikit dari biasa.

Teringat mase d U dulu. Kalau sejuk macam ni alamatnya bangun untuk makan tengah hari je la.

Jadinya breaklunch!

Kami yang 10 orang ni akan berdedai keluar dari 'kepompong' pukul 10 pagi.

Bersiap sedia untuk berbelanja makan pada pukul 11 pagi.

Sedap, memang sedap. Tambah lagi bila musim peperiksaan.

En. BBC hantar mesej pukul 615 pagi:

"Assalamualaikum...sayang + Baby Cantik tdo lagi ker? En. BBC baru balik keje.

Nak siap-siap solat + sambung tdo."

Alahai..dear tak tahu yang kami sedang lena dibuai mimpi hantu mengilai...hahaha

Wednesday, July 14, 2010

Sedarlah Wahai Anak-anak Bahawa Landasanmu Masih Pincang Tanpa Kami

Dari hati Pn. Asam:

 -2 tahun lepas semasa di SMK Lawas, Sarawak.
Baby Cantik baru berusia 5 bulan dalam kandungan-

"Hari ini adalah hari yang sangat terseksa buat aku yang kesengsaraan.

Sengsara dengan bebanan tugas yang YES memang BENAR 

aku sungguh sanggup lakukan

Jadual yang cukup 7 waktu penuh untuk aku memerah keringat demi anak Bangsa Malaysia

yang kian lupa bahawa pelajaran itu penting.

Tambah lagi waktu senggang aku MESTI membuat persiapan untuk jamuan bagi

satu acara yang telah sedang diadakan di sekolah tu.

Jadi, kesemua 12 waktu seharian di sekolah aku amat bermakna.

Sehinggakan aku terpaksa MENCURI masa anak-anak ini untuk membenarkan

aku menguruskan sesuatu yang tidak kurang pentingnya untuk sekolah kami.

"Yes! cikgu tak masuk!" ada yang berbisik tanpa di duga aku mendengarnya.

Tidak ada masa aku berbual sekejap pun.

Tidak ada masa aku menyiapkan rekod untuk pengajaran esok.

Tidak ada masa untuk aku makan bersama kawan baikku.

-Kak Ana a.k.a Pn Mari yang sentiasa menjadi peneman aku [dan kami] di waktu petang Isnin hingga Jumaat. Dia bawa makanan, aku [dan kami] yang makan. Katanya
"akak kan dapur korang..hahahaha"


Cuma ada masa untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hambaNYA Yang Esa.

Ada masa untuk aku kata "tolong saya bla bla bla bla"

Ada masa untuk aku bercakap dengan kerusi yang hanya pandai mengikut arahanku.

Bila tiba masa untuk masuk ke kelas, dari atas mereka sudah nampak aku

'cikgu datang!!'  - macamlah aku ni ribut taufan

Masuk ke dalam kelas, semuanya sedang berbual, bersenang lenang tanpa sebarang tindakan

yang boleh di kategorikan sebagai BUAT KERJA RUMAH @ ULANGKAJI.

Karangan yang aku beri semalam tentunya belum dan tidak akan siap.

Apalah dosa anak-anak ini sehinggakan masa yang lapang tidak sekali terfikir untuk kerja

yang lebih berfaedah selain yang tidak berfedah?

Kenapalah anak-anak ini tidak mengerti bahawa kami; golongan guru amat menyayangi mereka

walaupun marah kami bergunung banyaknya??

Sayang, seribu kali sayang, kesedaran kamu tentang keberadaan kami untuk kejayaan kamu

amat tidak menyenangkan.

Sedarlah wahai anak-anak, tanpa kami, kamu tak buat ulangkaji pun!

Tanpa kami KARANGAN kamu tak akan siap pun.

Tanpa kami sebuah buku pun kamu MALAS nak conteng!

Tolonglah sedar.."



Bila sampai masa dan ketika seperti ini, terasa ingin sekali berbicara

lebih lagi dengan En. BBC tentang semua perkara seharian yang keterlaluan.

Apakan daya En. BBC juga sibuk. Mungkin esok. Atau boleh sangat jika di simpan

hingga hari Jumaat akan datang setelah kepulangan En. BBC yang dinantikan tu.

Benar dear amat diperlukan untuk membakar semangatku.

Mencukupi bila ku ingat kembali kata En. BBC dulu:

"inikan jalan yang sayang pilih...sabar yer"



P/s: Anak-anak ini masih dalam kelas yang perlukan perhatian. Mereka seperti pahat yang sering di minta untuk di ketuk oleh tukul supaya bergerak. Sabar...