Seperti biasa, setelah En. BBC pulang ke negeri dear bekerja
Pn. Asam akan senang bercorat-coret a.k.a ber'blogging'.
Tambah lagi Baby Cantik dah tidur. Mungkin kerana keletihan yang ter'over',
BC kurang dapat tidur dengan nyenyak di atas katil. Mungkin lebih selesa di dalam buaian.
Suasana sejuk menyelubungi malam yang indah dengan titisan air hujan yang semakin
kurang menitis, BC tidur dalam buaian dan Pn. Asam senang
ber-ketuk-ketuk keyboard ni =)
Bila ingat hari selepas hari ini, esok Isnin, maka teringatlah dengan ayat ini:
"Buku ape hari ni cikgu?"
Mustahil tidak akan ku dengar. So, persediaan untuk menempuh hari esok dan seterusnya
amatlah perlu. Sebenarnya, setiap hari, segelintir daripada anak-anak ini akan
bertanyakan soalan yang sememangnya Pn.Asam sudah terangkan.
Selama tujuh bulan, sejak Pn.Asam mengajar Bahasa Melayu, anak-anak ini
telah Pn.Asam terangkan dan beritahu akan keperluan buku pada hari-hari tertentu. Jadi,
"Sila bawa buku latihan dan buku kerja pada hari yang telah ditetapkan SAHAJA."
Adakah cukup terang maksud ayat diatas??
p/s: Esok cadangan pelajaran ialah Ringkasan Teks dan Pemahaman =)
Harap mereka akan terlebih faham.
4 comments:
hahaha
diorang konon2 buat2 lupa la tu
ehehhehe
den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya
p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis
cikgu asam
ari ni buku apeee
hehehe...itulah pengorbanan seorng cikgu...bersabar ngan kerenah student..
hans: cikgu pun nak konon2 terDEMERIT hehehe
lya: hari ni buku ringkasan~
zura: betul tu..mesti kene sabar
Post a Comment