Pukul 12 lebey pagi.
Masih berjaga (baru terjaga sebenarnya)
Susu Aina buat dulu then baru sambung buat soalan..kuikuikui
Buat soalan da 30 soalan, mengantuk sangat.. teringat nak buat entri pasal
Baby Chantek a.k.a Aina Farhanah well known as Nana..
tapi da ngantuk sangat terpaksa Save n Sleep ;)
[Ini gambar sejam selepas dilahirkan...rambut memang tak tahan..menawan]
Ini dear AINA FARHANAH BINTI MUHAMAD AZAM
Nama manja: AINA
Tarikh lahir: 28 Jun 2011
Tempat lahir: Hoapital Pantai Melaka.
Berat lahir: 3.79kg [sebab tu lah Mama kena Ceaser]
Masa lahir: 11:58am
[Inila dear sayang Mama tunggu masa nak discharge...orang kat rumah dah x sabar nak tengok budak tembam sorang ni - paling berat]
Masa ni memang Nana tdo sepanjang masa sampai lah ke rumah memang masa untuk tdo jer. Nampak lena sangat dear tdo kene plak dengan aircond hospital yang nyaman....
[Ini gambar almost sebulan umur Nana..rambut still tak menahan...Mama suke sebab dulu Kakak Yaya rambut ciputttt. Tembam mbam mbam!]
[Almost 3 months]
[Satu gambar masih berambut...satu lagi sudah kene cukur+demam...cian dear Nana]
[Ini plak gambar masa umur 9 bulan dan umur sejam selepas lahir...bezakan? Dah lasak, da kurang tembam..cumilsss ttp banyak~]
[Bila Nana bergabung dengan Yaya, ya ampun! Mama surrender...Mama tengok je ape mereka ni nak buat kat Mama..Mama dah tau - Yaya lanyak naik atas bahu Mama, Nana panjat naik dari depan..anak2 kesayangan Mama buat apepun Mama tetap cintakan kamu berdua Sayang~]
[Sesi bergurau dengan Kakak Dina & Kakak Diha]
[Cumilsssssss Mama, buah hati Ayah, Mama n Kakak Yaya]
[Demam tinggi sangat sampai buka baju n seluar untuk legakan kepanasannya juga segera mandi - nasihat doktor, Alhamdulillah, berkesan]
[Umur 2 bulan da sampai ke Jusco Bandaraya Melaka...cayalah Nana]
[Nana & Kudin sebaya..tua Nana jer 3 minggu]
[Buah hati pengarang jantung Ayah & Mama ke-2 yang sentiasa manja..Mama Ayah luvs u much Sayang~]
Aina Kesayangan AyahMama,
Doa AyahMama sentiasa bersama Nana,
Semoga Nana menjadi anak yang solehah,
Anak yang taat perintah Allah,
Anak yang patuh dan menghormati orang tua,
Anak yang menggembirakan keluarga,
Anak yang tahu erti hidup ini sementara cuma.
Aina Sayang,
Gapailah ilmu setinggi mana pun sayang,
Semoga kebijaksanaan milik Nana,
tetapi
Jangan sekali-kali lupakan rumput di bumi bila dapat melihat bintang di langit,
Jadilah siapa diri Aina sendiri seperti mana yang Ayah & Mama harapkan,
Seindah namamu yang terukir diSANA membawa maksud
"Mata yang cantik, Kegembiraan Kami.."